Rabu, 20 April 2016

AUDIT & PEMANTAUAN DARIPADA JABATAN KESIHATAN PERLIS

Pada 21 April 2016, Kantin SKB telah menerima kunjungan tetamu daripada Jabatan Kesihatan Perlis  iaitu dari Unit Penilaian Kendiri, Unit Pemakanan Sihat dan Unit BESS (Bersih, Sihat,Selamat) untuk memantau kantin SKB. Semoga dengan kehadiran dan pemantauan ini, pihak kantin akan mendapat input baru dan berguna bagi memantapkan lagi pengurusan kantin SKB...... terima kasih atas segala tunjuk ajar daripada pihak JKN... :)





Isnin, 18 April 2016

:)


INFO KALORI




MURID PADA WAKTU REHAT














MAKANAN & MINUMAN YANG DIBENARKAN UNTUK JUALAN DI KANTIN SEKOLAH


*Makanan dibahagikan mengikut beberapa kategori termasuk:
1)  Nasi                          
2)  Mi/bihun/kuetiau   
3)  Lauk-pauk    
4)  Sayur-sayuran  
5)  Roti  
6)  Kuih-muih  
7)    Buah-buahan 
8)    Bijirin sarapan
9)    Kudapan/snek 
10)    Biskut 
11)    Minuman yang dibancuh 
12)    Minuman sedia diminum

MAKANAN YANG DILARANG DIJUAL DI KANTIN SEKOLAH

Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengeluarkan Garis Panduan Kantin Sekolah semenjam tahun 1983 lagi.  Garis panduan ini sebagai rujukan pihak sekolah dalam penyediaan makanan yang dijual di kantin sekolah.

Garis panduan ini telah menyenaraikan makanan dan minuman yang dilarang di kantin sekolah, iaitu:
  1. Makanan dan minuman yang melanggar Peraturan-Peraturan Makanan 1985.
  2. Minuman ringan bergas.
  3. Gula-gula, coklat dan biskut berkrim.
  4. Jenis-jemis makanan yang elah dijeruk sama ada masam atau masin atau manis, basah atau kering seperti asam manis atau masin, jeruk mangga, kulit limau, jeruk halia, jeruk bawang dan lain-lain.
  5. Makanan snek yang rapuh seperti ‘crackers’.
  6. Semua jenis makanan yang berupa permainan atau yang dijual bersama permainan seperti cincin, gambar, belon dan lain-lain.
  7. Rokok, bahan-bahan makanan yang mengandungi alkohol dan barang-barang seumpamanya.
  8. Makanan yang melampaui tarikh tamat tempoh.
Selain itu, makanan dan minuman yang tidak digalakkan dijual di kantin sekolah pula ialah:
  1. Makanan dan minuman yang mengandungi gula yang berlebihan seperti sirap, donat, aiskrim dan lain-lain.
  2. Minuman berperisa kecuali susu berperisa.
  3. Minuman yang menggunakan bahan pewarna dan perisa sintetik seperti minuman oren dan lain-lain.

SELAMAT DATANG KE KANTIN SKB KAMI......AHLAN WASAHLAN....WELLCOME